Ahad, 22 Oktober 2017

FAEDAH MENYERTAI PLKN

FAEDAH MENYERTAI PLKN

Imej yang berkaitan




BUNGA EMAS DITANJUNG KARAM,

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Program Latihan Khidmat Negara atau singkatannya(PLKN) merupakan satu program yang disediakan khusus untuk golongan remaja. setiap remaja yang terpilih seharusnya berbangga kerana mereka bakal mengharungi episod hidup yang penuh dengan segala macam pengalaman yang berharga. PLKN mempuyai banyak faedah terutama kepada remaja yang bakal melangkah ke dunia yang lebih mencabar.

Dengan menyertai PLKN, remaja akan dapat mengutip pengalaman yang berharga yang sudah tidak diperolehi oleh individu yang tidak menyertainya. Pengalaman menjalankan latihan fizikal, motivasi dan khidmat masyarakat pasti akan memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Melalui PLKN, peserta dapat menyalurkan khidmat mereka kepada masyarakat melalui aktiviti khidmat masyarakat.

Di samping itu, PLKN juga akan menjadikan remaja lebih matang untuk menempuh hidup. Mereka akan dapat berfikir dengan sendiri untuk menyelesaikan masalah dan secara tidak langsung mereka  mampu berdepan dengan pelbagai situasi apabila berdepan dengan masyarakat kelak.PLKN juga dapat memahami aspirasi negara dan sama-sama merialisasikannya.

Seterusnya, PLKN juga dapat memupuk semangat positif dalam diri peserta. Para peserta didedahkan dengan aktiviti dan program yang menuntut mereka saling bekerjasama, membantu, mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia dan sebagainya dan  secara tidak langsung, mereka juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum kerana para peserta terdiri daripada agama dan juga bangsa yang berlainan.

kesimpulannya, para peserta seharusnya menggunakan peluang keemasan ini untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan juga pengalaman berharga agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka. Oleh itu, golongan remaja diharapkan agar tidak bersedih sekiranya dipilih untuk mengikuti PLKN, sebaliknya berbangga kerana mereka akan mempelajari banyak perkara semasa menyertai PLKN. 




PECAH KACA PECAH GELAS,

SUDAH BACA HARAP BALAS.



SEKIAN TERIMA KASIH
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA