Jumaat, 6 Oktober 2017

DEDAH ANAK MUDA KEPADA DANDANAN RAMBUT


6 OCTOBER 2017
         

DEDAH ANAK MUDA KEPADA DANDANAN RAMBUT




Imej yang berkaitan

GAMBAR SEKADAR HIASAN



SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA;
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILAH PEMBUKA BICARA.


Maksud kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian dalam melakukan sesuatu. Dandanan rambut merupakan salah satu kemahiran yang amat berharga kepada seseorang jika mempelajarinya dengan mengikuti kursus yang telah ditetapkan. Dandanan rambut merupakan kursus yang ditawarkan kepada semua golongan tidak mengira umur mahupun jantina. Untuk mengikuti kursus dandanan rambut mengabil masa selama enam bulan untuk mempelajarinya. Oleh hal yang demikian, kemahiran dandanan rambut merupakan pilihan utama anda dalam mengikuti kursus yang ditawarkan.


Dalam era dunia yang serba maju dan moden, kemahiran diwujudkan untuk golongan yang berpendidikan rendah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Kemahiran dapat memberi peluang kepada anak muda untuk terus maju di masa hadapan. selain itu, kemahiran mempunyai bidang  yang luas terutamanya dari segi pekerjaan. Kemahiran amat penting kepada mereka yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik dan mempunyai masalah kesempitan hidup. Dengan kemahiran kehidupan akan menjadi lebih cerah.Kebanyakan golongan muda kurang mengambil bidang dandanan rambut. Hal ini kerana mereka lebih cenderong bekerja di institusi swasta seperti bekerja sebagai operator. Selain itu, kemahiran dandanan rambut bukan sahaja dapat memberi ilmu kepada kita malah dengan kemahiran masa depan lebih terjamin. Di samping itu, dengan kemahiran anda akan dibayar gaji yang lebih lumayan. Hal ini demikian kerana rezeki perniagaan ialah 9/10. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu ekonomi Negara Malaysia dengan melahirkan bumiputera yang mampu berdaya saing secara sihat melalui perniagaan dandana rambut.


Kesimpulannya,kemahiran menjamin kehidupan, bukan sahaja kepada diri malah kepada masyarakat, ekonomi dan Negara Malaysia yang tercinta.



JIKA HAUS MAKA MINUMLAH,
JIKA LAPAR MAKA MAKANLAH,
JIKA SALAH MAKA MAAFKANLAH;
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA