Sabtu, 30 September 2017

BUDAK KAMPUNG

1 OKTOBER 2017

SEJARAH KEHIDUPAN BUDAK KAMPUNG


Imej yang berkaitan


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


Setiap orang mempunyai cerita dan kisah hidup tersendiri sama ada peristiwa pahit ataupun manis yang ditempuhi dalam kehidupan di masa lalu. Setiap orang mempunyai impian, cita-cita, harapan. Dan ini adalah kisahku sebagai seorang budak kampung.

Dengan kuasa Allah, Ibubapa ku dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Terlahir di dunia sebagai seorang perempuan, Fatin Amirah nama diberi. Aku dilahirkan oleh sebuah keluarga yang penyayang, memahami, berdisiplin dan bertanggungjawab. Aku bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang perempuan. Untuk membesarkankanku sebagai seorang anak yang solehah amatlah sukar bagi kedua ibubapaku. Dibesarkan oleh keluarga yang hidup beserdehana, ibubapaku perlulah bekerja keras untuk memberi keperluan dan kehendak untuk membesarkanku. Sedikit tidak  terbeban rasanya membesarkanku. Demi mencari sesuap nasi, kedua ibubapaku bertungkus lumus mencari rezeki siang dan malam tidak kenal erti penat lelah. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Bapaku mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Pada ketika itu kehidupanku mejadi gelap. Ibuku yang diberi nama Hasmah bekerja seorang diri menanggung kami sekeluarga. Bapaku tidak pernah mengabaikan nafkah dan tanggugjawab membesarkanku dan saudaraku yang diberi nama Muhamad Amirul. Walaupun bapaku memgalami kesakitan dia tetap mahu bekerja kerana seorang bekerja tidak mampu menampung kos sara hidup.
Aku bangga menjadi anak Malaysia yang aman dan sentosa. Pulau Pinang negeri kelahiranku. Keindahan pulau pinang amatlahku kagumi. Butterworth, Penaga adalah sebuah kampung halamanku yang terpencil di dalam kampung dikelilingi hutan dan binatang buas. Kampung Sri Pantai adalah pondok burukku untuk berteduh. Di situ aku dididik, dicurahkan kasih sayang, diberi pendidikan secukupnya tidak kira di dunia mahupun diakhirat. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada allah kerana kesusahan hidup yang perlu ditempuhi oleh keluargaku tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan. Bermulalah di situ, aku diajar menabung, menghormati, menyayangi kehidupan sekeliling dan dilatih hidup berdikari.


Angah nama gelaranku di kampung. Kesusahan hidup tidak mematahkanku untuk mengejar cita-cita dan impianku. Walaupun hidup dalam serba kekurangan ibubapaku tidak pernah mengabaikan tentang pendidikanku. Ibubapaku selalu berpesan kepadaku “Angah ingatlah apabila menjadi orang yang berjaya, hebat jangan lupa orang disekeliling” menitis air mataku pada ketika itu dan sampai hari ini kemanapun aku pergi aku sentiasa mememang kata-kata mereka. Dan Alhamdulillah dengan berkat kesabaran kedua ibubapaku membesarkanku kini aku berada Universiti Putra Malaysia untuk melanjutkan pelajaranku di peringkat ijazah. Aku bukanlah seorang anak yang hebat dan aku hanyalah manusia yang lemah, alpa, pendiam dan takut untuk munculkan diri namun semangatku untuk berjaya tidak pernah padam dalam dalam jiwa, tubuh, hati dan kotak fikiranku.


Kesimpulannya, bersukur kehadrat illahi, aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini dan mampu untuk menulis sejarah hidupku ini. Tidak lupa juga kepada  kedua ibubapaku yang membesarkanku, guru-guruku yang tidak lelah mencurahkan ilmu, sahabat-sahabat yang tidak pernah lelah memberi sokongan dan dorongan untuk aku berjaya. Kehidupan sebagai seorang anak kampung yang hidup seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” bukanlah penghalang untuk mengapai cita-cita yang tinggi.


Kepada mereka membaca blogku ini sejuta terima kasih aku ucapkan dan serangkap pantun aku hadiahkan. Setakat ini sahaja ceritaku ini. Sekian terima kasih.


Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA