Pertubuhan Pendidikan Dan Kebajikan Baitul Mahabbah Malaysia
Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Asnaf Zakat
Assalamualaikum dan salam negaruku
malaysia saya ucapkan. Syukur kepada Allah kerana pada hari ini saya diberi
peluang untuk menulis semula.
Pada pagi ini saya ingin berkongsi
pengalaman saya bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan Baitul Mahabbah yang
bertempat di Tanjung Malim, Perak. Projek Mega di bawah Bakti Siswa yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Pertama kali saya diberi
peluang merasai suasana dan keadaan serta situasi yang dilalui oleh mereka
ketika berada di Tanjung Malim, Perak. Ini merupakan pengalaman pertama saya
menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sebelum tiba ke Tanjung Malim, fikiran
sudah mulai terbayang-bayang akan suasana yang riang gembira. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan selama tiga hari dua malam di rumah anak-anak yatim adalah seperti berikut:-
Hari pertama di rumah anak-anak
yatim Baitul Mahabbah. setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing serta setiap jawatan mempunyai fungsi lain-lain. antara jawatan yang diwujujukan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, dan AJK.
pada pagi tersebut saya bersama rakan-rakan diarahkan oleh ketua untuk membawa peralatan sukaneka seperti baldi, botol, kertas, span dan makanan. Pada pagi itu, sesi perkenalan bersama anak-anak yatim. Perkenalan dimulai dengan menanyakan nama, umur, cita-cita dan hobi kepada anak-anak yatim. setiap ahli Bakti Siswa diberikan kempulan untuk bermain bersama-sama anak-anak yatim. Keadaan anak-anak yatim yang pada ketika itu riang gembira. pada jam 3.00 petang, permainan sukaneka mulai dimulai. setiap ahli kumpulan digalakkan mengisi air di dalam botol menggunakan span sehingga penuh. Ahli kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.

Pada hari kedua, kami tiba di rumah
anak-anak yatim dengan membawa makanan kepada mereka. ketibaan kami disambut
meriah sekali. selepas makan pagi aktiviti dimulai dengan membuat mural,
bergotong-royong dan mewarna. saya bersama kawan-kawan yang lain mulai menolong
anak-anak tersebut mewarna mengikut kumpulan yang diberikan. mereka kelihatan
gembira dan riang sekali. aktiviti gotong-royong dimulai dengan mencuci
tingkap, longkang, mencabut rumput dan menanam pokok. keadaan di rumah
anak-anak yatim kelihatan riang dan gembira sekali.
pada hari ketiga, saya bersama
kawan-kawan kembali semula dengan menyambung tugasan yang terbangkalai
disebabkan kekangan masa. padalam malam akhir tersebut kami bersama
anak-anak yatim membuat persembahan nasyid dan menyanyikan lagu.
persembahan yang dilakukan oleh anak-naka yatim amatlah terbaik sekali. amatlah
terharu saya apabila melihat persembahan mereka. suara mereka yang merdu
membuatkan orang-orang disekeliling cair apabila mendengarnya. pada pukul 10.00
malam majlis penutupan dan pemberian hadiah mula dilakukan. selepas selesai
majlis tersebut kami diarahkan oleh fasilitator untuk mengemaskan barang untuk
berangkat pulang ke universiti putra malaysia.
pengalaman selama tiga hari dua malam bersama-sama anak-anak
yatim di rumah baitul mahabbah amatlah bermakna bagi saya. pengalaman tidak mampu dibeli
tetapi mampu dirasai. Setakat ini sahaja penceritaan saya pada hari ini.
Sekian Terima Kasih
sesi bernasyid bersama anak-anak yatim
sesi bergotong-royong
Sesi
mengemaskan barang untuk berangkat pulang ke UPM
Mawar melati indah di taman,
indah lagi kembang selasih,
akhir kata saya ucapkan,
cukup sekian dan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan