Khamis, 28 Disember 2017

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA

Image result for berhati hati di jalan raya


     Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan penunggang motosikal, kereta, lori mahupun bas. masalah yang seperti tiada tiada kesudahan ini amat membimbangkan kita semua. langkah yang lebih efektif perlu dilakukan segera untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku.

    Langkah yang pertama ialah pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas. langkah kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang keselamatan bukan hanya untuk pemansu malah penumpang juga merupakan langkah yang bijak. diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kemalangan terutama kemalangan maut.

     selain itu, pengeluaran lesen memandu juga perlu diperketat. kerajaan juga sewajarnya mengkaji semula pemberian lesen memandu kepada golongan yang berumur 18-21 tahun kerana pada usia ini mereka dianggap masih mentah dan seringkali memandu dalam keadaan bahaya. lihat sajalah gelagat mat rempit atau samseng jalanan yang berlaku dewasaini. rata-rata mereka terdiri daripada golongan remaja.

     kempen kesedaran tentang kepentingan menghargai nyawa juga haruslah diteruskan dan jangan lah hangat-hangat tahi ayam sahaja. media massa perlulah memainkan peranan mereka dalam menyiarkab iklan-iklan tentang keselamatan jalan raya dengan lebih banyak. murid-murid sekolah rendah juga perlu diterapkan tentang kepentingan keselamatan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. guru-guru perlu menyelitkan kepentingan keselamatan dalam  pelajaran mereka di kelas.

     kesimpulannya, peranan dan usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya daripada terus berleluasa perlu dimainkan oleh semua pihak. yang paling penting kita mestilah memupuk semangat sikap menyayangi nyawa pada setiap masa iaitu nyawa sendiri dan juga orang lainsebagai pengguna jalan raya ingatlah ,pandu cermat jiwa selamat,.



2 ulasan:

  1. hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  2. Setiap manusia yang hidup di dunia ini menginginkan badan yang sihat dan cergas.Tubuh yang sihat dapat membolehkan kita melakukan pelbagai pekerjaan.Ada berbagai-bagai cara untuk menjaga kesihatan diri.

    Lankah paling efisien adalah adalahdengan mengambil makanan yang berkhasiat. Kita perlu melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam permakanan. Oleh itu, kita akan kekal sihat.

    Beriadah juga membolehkan kita kekal sihat. Kerana ketika kita beriadah badan kita akan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh. Penyakait obesiti juga dapat dielakkan.

    Selain itu, rehat yang mencukupi juga amat penting untuk mengekalkan kesihatan. Rehat yang diperlukan oleh badan kami ialh antara enam hingga lapan jam sehari.

    Sepatutnya, setiap individu tidak boleh mengambil ringan aspek kesihatan. Jika kita berpenyakit bayaran bagi rawatan adalah mahal. Oleh itu, amalkanlah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.

    BalasPadam

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA