Selasa, 19 Disember 2017

GIATMARA

                                             
 INSTITUSI KEMAHIRAN GIATMARA

Image result for logo giatmara




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, pada hari ini saya ingin menceritakan mengenai pusat latihan kemahiran Giatmara. Tujuan saya memilih tajuk ini kerana institusi ini kurang dititikberatkan oleh masyarakat serta memandang rendah terhadap institusi tersebut. Menurut  Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa kini. Nik Nazmi berkata, ini kerana untuk membangunkan negara, tenaga mahir adalah penyumbang utama dalam industri di Malaysia. "Sektor kemahiran adalah sektor yang amat penting, sebenarnya daripada statistik di negara kita hanya 30 peratus daripada pelajar-pelajar kita hari ini masuk ke universiti, ada 70 peratus lagi di luar yang tidak masuk ke universiti tetapi kita tidak beri penekanan kepada bidang kemahiran secukupnya. Oleh itu, saya ingin menerangkan mengenai giatmara. Kelebihan dan manfaatnya kebanyakannya masyarakat tidak mengetahuinya. Jesturu itu, saya ingin bercerita mengenai pusat latihan kemahiran giatmara.

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan  GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti.
Sejarah Penubuhan Giatmara
Dalam tahun 1980'an, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan yang dinamakan Pusat GIATMARA sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986. Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat GIATMARA dan dalam Rancangan Malaysia Ke 6 sebanyak 21 Pusat GIATMARA menjadikan sebanyak 36 Pusat GIATMARA. Seterusnya, tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128 Pusat GIATMARA yang beroperasi sehingga Januari 1999. Selain itu, pihak MARA ada berbagai program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh Pusat GIATMARA. Tahap pertengahan dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA (IKM). Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute(GMI) dan lain-lain. Falsafah GIATMARA dalam Rancangan Malaysia Ke 6 adalah untuk memberi latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa. Sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6, konsep penubuhan Pusat GIATMARA adalah dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma/sewa dengan menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi. Dalam Rancangan Malaysia ke 7, pihak GIATMARA mencadangkan supaya konsep dalam status tapak/bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana kebanyakan tapak/bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6 adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak/bangunan. Sehingga kini terdapat 133 Pusat GIATMARA sedang beroperasi di seluruh negara. Manakala jumlah Pusat GIATMARA yang diluluskan ialah 140.


Antara syarat kelayakan untuk memohon Giatmara adalah:-
-         Bumiputera
-         Sihat tubuh badan
-         Berumur 15 tahun
-         Boleh membaca, menulis dan mengira
-     Syarat lain khusus (berumur 18 tahun selepas tamat SPM) Antaranya ialah khusus penjaga jentera elektrik dan pendawaian elektrik serta mempunyai pengalaman


Selain itu, antara kelebihan Giatmara ialah:-
-        - Latihan diberikan secara percuma kepada pelatih.
-         -Alaun sara diri diberikan sebanyak RM 200.00 kepada pelatih.
-        - Sijil kemahiran malaysia mengikut tahap diiktiraf oleh suruhanjaya tenaga nasional diberikan.
-      -Kemudahan peralatan diberikan dan disedian kepada pelatih mengikut kursus sebagai contohnya anak patung, gunting, gergaji besi, dawai, player, kayu dan lain-lain lagi.


Antara manfaat yang yang diberikan oleh Giatmara ialah:-
Bantuan diberikan secara percuma seperti geran tanah diberikan kepada mereka yang layak setiap tahun hanya seorang sahaja yang dipilih untuk mendapat geran tanah. Selain itu, pembelian barang pada harga yang tinggi sahaja seperti kerusi, cermin, mesin untuk kursus senireka gaya rambut mana lain-lain Kursus mengikut barang. Di samping itu, modal juga diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sebagai contoh, peniaga ingin membuka kedai saloon atau barber.

Kursus yang ditawarkan juga terbahagi kepada dua iaitu  hard skill dan soft skill. Hard skill tempoh yang diambil adalah sangat lama iaitu lebih kurang tiga tahun mengikut kursus. Sebagai contoh seperti penjaga jentera elektrik dan pendawaian elekrik serta mekatronik dan juga automotif manakala soft skill pula adalah kemahiran yang ringan iaiatu seperti solekan, spa, computer dan senireka gaya rambut.

Akhir kata daripada saya kemahiran bukan sahaja dapat menjamin kehidupan malah dapat membantu Negara dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang supaya dapat memenuhi permintaan industri sama ada industri awam atau swasta.

Menurut exco Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa ini. Menurut beliau kalau di barat kerja sebagai tukang paip boleh hidup selesa kenapa tidak kita di Malaysia?  katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Program 'Lucid Dreaming To Improve Skill'  di‎ Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Sekian terima kasih

Sebagai penutup terimalah dari saya serangkap pantun

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.




 



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA