Khamis, 28 Disember 2017

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA

Image result for berhati hati di jalan raya


     Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan penunggang motosikal, kereta, lori mahupun bas. masalah yang seperti tiada tiada kesudahan ini amat membimbangkan kita semua. langkah yang lebih efektif perlu dilakukan segera untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku.

    Langkah yang pertama ialah pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas. langkah kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang keselamatan bukan hanya untuk pemansu malah penumpang juga merupakan langkah yang bijak. diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kemalangan terutama kemalangan maut.

     selain itu, pengeluaran lesen memandu juga perlu diperketat. kerajaan juga sewajarnya mengkaji semula pemberian lesen memandu kepada golongan yang berumur 18-21 tahun kerana pada usia ini mereka dianggap masih mentah dan seringkali memandu dalam keadaan bahaya. lihat sajalah gelagat mat rempit atau samseng jalanan yang berlaku dewasaini. rata-rata mereka terdiri daripada golongan remaja.

     kempen kesedaran tentang kepentingan menghargai nyawa juga haruslah diteruskan dan jangan lah hangat-hangat tahi ayam sahaja. media massa perlulah memainkan peranan mereka dalam menyiarkab iklan-iklan tentang keselamatan jalan raya dengan lebih banyak. murid-murid sekolah rendah juga perlu diterapkan tentang kepentingan keselamatan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. guru-guru perlu menyelitkan kepentingan keselamatan dalam  pelajaran mereka di kelas.

     kesimpulannya, peranan dan usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya daripada terus berleluasa perlu dimainkan oleh semua pihak. yang paling penting kita mestilah memupuk semangat sikap menyayangi nyawa pada setiap masa iaitu nyawa sendiri dan juga orang lainsebagai pengguna jalan raya ingatlah ,pandu cermat jiwa selamat,.



KATAKAN TIDAK KEPADA MEROKOK



KEMPEN BERHENTI MEROKOK!!!




Image result for kempen berhenti merokok


     Sejak kebelakangan ini, kempen berhenti merokok semakin giat dijalankan, tidak kira di media massa ataupun media elektroni. Maklamat kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada para perokok agar meninggalkan tabiat buruk ini kerana tidak mendatangkan keuntungan langsung, malahan mendatangkan keburukan yang akhirnya boleh membinasakan diri perokok.

     salah satu keburukan merokok yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun ialah membazirkan wang. cuba kita renungkan sejenak, sekiranya dalam sehari, perokok menghabiskan RM 3.00 untuk membeli rokok maka sebulan perokok telah membelanjakan sebanyak RM 90.00  untuk membeli rokok sahaja. Sekiranya wang yang digunakan oleh perokok digunakan untuk menyimpan, sudah tentulah hasilnya menguntungkan mereka.

     Keburukan yang paling merugikan perokok ialah risiko menghidap penyakit kronik. mungkin perokok baharu mungkin mereka tidak sedar akan bahaya merokok yang bakal menanti merek. bagi perokok yang merokok dalam jangka masa yang lama sudah pasti risiko menghidap penyakit kronik ini lebih tinggi. penyakit yang dimaksudkan ialah barah yang akhirnya boleh membawa maut. 

     Fakta penting yang perlu diketahui bukan sahaja oleh perokok ialah kesan yang terpaksa dihadapi oleh individu yang berada di persekitaran perokok. Resiko bukan sahaja menyerang perokok malah sesiapa sahaja yang terdedah kepada asap rokok. oleh itu, kita semua perlu mengambil bahaguian di dalam kempen berhenti merokok ini. 

     kesimpulannya, bahaya merokok ini perlu dijelaskan kepada setiap individu sejak mereka dari bangku sekolah lagi kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. ibu bapa perlulah memainkan perana  penting dalam mmemastikan anak mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti merokok yang boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan.

     
















KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI



KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN HARI INI MEMUDAHKAN LAGI MANUSIA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. BINCANGKAN PERNYATAAN INI



Image result for kemajuan sais dan teknologi moden



     ciptaan demi ciptaan dilakukan oleh manusia memartabatkan untuk memartabatkan lagi tamadun dan ketamadunannya. Semenjak penciptaan kertas di negra china sehinggalah revolusi  sains di barat, banyak ciptaan baharu telah dilakukan untuk memudahkan kehidupan manusia. revolusi penciptaan ini telah mewujudkan ciptaan baharu seperti radio, komputer, satelit dan televisyen. Semuanya dihidangkan untuk manusia supaya mudah menjalani kehidupan seharian mereka.

     
     Tidak dinafikan ciptaan sains dan teknologi hari ini telah memajukan pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian, perikanan, pendidikan dan perikanan. dari segi perubatan misalnya penciptaan pelbagai jenis ubatan dan juga mesin dapat mengurangkan kesakitan dan menyelamatkan ramai pesakit begitu juga dalam bidang pendidikan.

     Rata-rata di sekolah di malaysia memiliki bilik sumber yang mempunyai pelbagai peralatan seperti televisyen, radio kaset dan komputer yang digunakan untuk pelajar dalam memahami konsep dan isi pembelajaran dengan berkesan. dalam bidang pertanian pula melalui penyelidikan ke atas baja dan benih memungkinkan tanaman dapat dilakukan beberapa kali dalam setahun. keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pengeluaran dan hasil negara.

     Dunia tanpa sempadan merupakan ungkapan yang memperlihatkan kepada kita betapa kecilnya dunia iniu dengan ciptaan teknologi moden pada hari ini. Alat perhubungan dan telekomunikasi dewasa ini mendekatkan hubungan kita dengan dunia luar. kita dapat menghubungi orang yang tersayang yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan hanya menekan beberapa digit nombor sahaja.

     Dengan adanya kemajuan sains dan teknologi moden ini juga pelbagai jenis pekerjaan dapat dilakukan dengan mudah. keadaan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan juga tenaga. sebagai contoh, suri rumah tidak perlu menyapu, menyidai pakaian keranan adanya teknologi moden seperti robot yang memudahkan kerja harian. 

     Hasil ciptaan teknologi moden pada hari ini, lahirlah komputer yang dapat menyimpan data dan maklumat peribadi serta dapat membantu kerja-kerja pejabat. selain itu, maklumat juga akan diproses dengan mudah dan cepat melalui komputer. tambahan pula bagi pelajar, mereka akan mendapat maklumat tambahan melalui penggunaan internet. 

     kesimpulannnya, sains dan teknologi moden melalui penciptaan peralatan memudahkan manusia menjalani  kehidupan seharian mereka. penciptaan ini sebenarnya bukan sahaja untuk kepentingan manusia semata-mata malah untuk kemakmuran negara. penciptaan yang lebih baik diharapkan dapat dilakukan lagi pada masa hadapan untuk mencapai kepuasan yang maksimum kepada manusia.




















     








Khamis, 21 Disember 2017

KESAN PENCEMARAN AIR



KESAN PENCEMARAN AIR TERHADAP KESIHATAN MANUSIA




Hasil carian imej untuk pencemaran air


 Air adalah sumber kehidupan dan salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi rezeki manusia. Pencemaran air adalah pencemaran sumber air tawar atau buatan manusia. Pencemaran air berlaku di banyak peringkat dan memberi kesan kepada kesihatan manusia dalam pelbagai cara. Terdapat banyak penyakit air yang merupakan hasil langsung dari pencemaran air.


PENYAKIT KESIHATAN
 Pengingesan air yang tidak dirawat boleh menyebabkan cirit-birit, kolera dan cirit-birit.  Air kotor atau tercemar adalah tempat pembiakan yang disukai untuk nyamuk dan perosak lain. Gigitan nyamuk akan menjejaskan kesihatan manusia dan boleh menyebabkan penyakit seperti Malaria, Filariasis, Denggi dan Chikungunya.


 KEHIDUPAN AKUATIK
Pencemaran air juga memberi kesan kepada kesihatan haiwan air seperti ikan. Apabila manusia mengonsumsi ikan yang sakit ini, jangkitan akan berlalu dan boleh mengambil bentuk yang lebih serius di dalam tubuh manusia. Selain daripada ikan, pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan dan haiwan lain. Dan ini pula memberi kesan kepada kesihatan manusia. Sekiranya kita mengambil makanan yang telah dijangkiti, kita pasti jatuh sakit.



KEBERSIHAN DAN KEBERSIHAN
Pencemaran air secara umum juga membawa kepada keadaan tidak bersih dan tidak bersih. Penggunaan air tercemar untuk tujuan pembersihan tidak memberi apa-apa manfaat. Air tidak boleh mengeluarkan kuman terkumpul dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan manusia dengan menyebabkan penyakit. Pencemaran air menjejaskan kesihatan manusia dalam cara yang buruk. Pelbagai organisasi sentiasa berusaha membersihkan badan air yang rosak untuk memenuhi permintaan air minum yang selamat. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai bekalan air yang terhad. Dan jika kita terus mencemarkan air yang ada, ia pasti akan membawa kepada penyakit dan kematian.

PENUTUP

air penting dalam sumber kehidupan harian. Tanpa air hidupan di bumi akan pupus dan mati akibat sumber bekalan air yang kotor. oleh itu, kita perlulah memelihara air supaya kelihatan bersih.

Selasa, 19 Disember 2017

GIATMARA

                                             
 INSTITUSI KEMAHIRAN GIATMARA

Image result for logo giatmara




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, pada hari ini saya ingin menceritakan mengenai pusat latihan kemahiran Giatmara. Tujuan saya memilih tajuk ini kerana institusi ini kurang dititikberatkan oleh masyarakat serta memandang rendah terhadap institusi tersebut. Menurut  Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa kini. Nik Nazmi berkata, ini kerana untuk membangunkan negara, tenaga mahir adalah penyumbang utama dalam industri di Malaysia. "Sektor kemahiran adalah sektor yang amat penting, sebenarnya daripada statistik di negara kita hanya 30 peratus daripada pelajar-pelajar kita hari ini masuk ke universiti, ada 70 peratus lagi di luar yang tidak masuk ke universiti tetapi kita tidak beri penekanan kepada bidang kemahiran secukupnya. Oleh itu, saya ingin menerangkan mengenai giatmara. Kelebihan dan manfaatnya kebanyakannya masyarakat tidak mengetahuinya. Jesturu itu, saya ingin bercerita mengenai pusat latihan kemahiran giatmara.

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan  GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti.
Sejarah Penubuhan Giatmara
Dalam tahun 1980'an, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan yang dinamakan Pusat GIATMARA sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986. Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat GIATMARA dan dalam Rancangan Malaysia Ke 6 sebanyak 21 Pusat GIATMARA menjadikan sebanyak 36 Pusat GIATMARA. Seterusnya, tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128 Pusat GIATMARA yang beroperasi sehingga Januari 1999. Selain itu, pihak MARA ada berbagai program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh Pusat GIATMARA. Tahap pertengahan dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA (IKM). Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute(GMI) dan lain-lain. Falsafah GIATMARA dalam Rancangan Malaysia Ke 6 adalah untuk memberi latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa. Sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6, konsep penubuhan Pusat GIATMARA adalah dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma/sewa dengan menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi. Dalam Rancangan Malaysia ke 7, pihak GIATMARA mencadangkan supaya konsep dalam status tapak/bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana kebanyakan tapak/bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6 adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak/bangunan. Sehingga kini terdapat 133 Pusat GIATMARA sedang beroperasi di seluruh negara. Manakala jumlah Pusat GIATMARA yang diluluskan ialah 140.


Antara syarat kelayakan untuk memohon Giatmara adalah:-
-         Bumiputera
-         Sihat tubuh badan
-         Berumur 15 tahun
-         Boleh membaca, menulis dan mengira
-     Syarat lain khusus (berumur 18 tahun selepas tamat SPM) Antaranya ialah khusus penjaga jentera elektrik dan pendawaian elektrik serta mempunyai pengalaman


Selain itu, antara kelebihan Giatmara ialah:-
-        - Latihan diberikan secara percuma kepada pelatih.
-         -Alaun sara diri diberikan sebanyak RM 200.00 kepada pelatih.
-        - Sijil kemahiran malaysia mengikut tahap diiktiraf oleh suruhanjaya tenaga nasional diberikan.
-      -Kemudahan peralatan diberikan dan disedian kepada pelatih mengikut kursus sebagai contohnya anak patung, gunting, gergaji besi, dawai, player, kayu dan lain-lain lagi.


Antara manfaat yang yang diberikan oleh Giatmara ialah:-
Bantuan diberikan secara percuma seperti geran tanah diberikan kepada mereka yang layak setiap tahun hanya seorang sahaja yang dipilih untuk mendapat geran tanah. Selain itu, pembelian barang pada harga yang tinggi sahaja seperti kerusi, cermin, mesin untuk kursus senireka gaya rambut mana lain-lain Kursus mengikut barang. Di samping itu, modal juga diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sebagai contoh, peniaga ingin membuka kedai saloon atau barber.

Kursus yang ditawarkan juga terbahagi kepada dua iaitu  hard skill dan soft skill. Hard skill tempoh yang diambil adalah sangat lama iaitu lebih kurang tiga tahun mengikut kursus. Sebagai contoh seperti penjaga jentera elektrik dan pendawaian elekrik serta mekatronik dan juga automotif manakala soft skill pula adalah kemahiran yang ringan iaiatu seperti solekan, spa, computer dan senireka gaya rambut.

Akhir kata daripada saya kemahiran bukan sahaja dapat menjamin kehidupan malah dapat membantu Negara dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang supaya dapat memenuhi permintaan industri sama ada industri awam atau swasta.

Menurut exco Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa ini. Menurut beliau kalau di barat kerja sebagai tukang paip boleh hidup selesa kenapa tidak kita di Malaysia?  katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Program 'Lucid Dreaming To Improve Skill'  di‎ Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Sekian terima kasih

Sebagai penutup terimalah dari saya serangkap pantun

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.




 



















Rabu, 13 Disember 2017

TINDAS



TINDAS


Image result for penindasan








Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sabahat yang membaca blog ini. Pada hari ini saya ingin menulis sedikit mengenai nasib orang yang ditindas kerana kelemahan diri, kerana diam dan tiada pengaruh untuk membela diri. Ia berdasarkan pengalaman saya sendiri. Situasi di bandar dan di kampung jauh berbeza sekali. Bukan sekadar itu sahaja malah pandangan terhadap seseorang juga berbeza dan mudah memberi tanggapan terhadap seseorang tanpa dikenali siapa. 

Nasib orang yang ditindas amat sedih sekali. hal ini disebabkan pengaruh dari orang lain yang dengan mudahnya memberi  tanggapan terhadap seseorang. pada saya nasib orang yang ditindas perlu dibela dan diberi sokongan yang padu kerana orang yang nasib ditindas selalunya keseorangan. kadang-kadang bukan kerana tiada kawan tetapi memilih untuk bersendiri kerana kebanyakan kawan tikam kawan dan talam dua muka. nasib di bandar dan di kampung jauh beza sekali kerana di kampung fikiran penindasan tidak terlintas langsung di fikiran dan semasa saya di bidang kemahiran alhamdullilah saya tidak diajar oleh ustaz atau tenaga pengajar untuk menindas saudara sendiri bahkan di institusi kemahiran saya diajar supaya sayang saudara sendiri dan tolong-menolong antara satu sama lain. apabila berada di peringkat yang tinggi dengan pelajaran dan pengajarannya yang begitu mencabar membuatkan saya lebih berasa tercabar. 

Sedih, sebak dan pilu dapat dirasakan. Setiap kali bergaul selalu dipinggirkan mungkin kerana pemakaian, bentuk badan, berat badan, rupa paras. bagi saya itu perkara biasa. Semasa di institusi kemahiran itu tidak dipandang sama sekali yang di pandang adalah kejujuran dan keikhlasan dan kesungguhan dalam meminati sesuatu bidang yang diminati. walaupun orang memandang rendah terhadap institusi kemahiran, bagi saya mudahnya untuk seseorang berkata begitu kerana di sebalik kemahiran tenaga kerja mahir dapat dilahirkan. penindasan merupakan suatu keperitan namun untuk membuat sesuatu perkara berfikirlah terlebih dahulu sebe;lum bertindak. anggaplah orang yang selalu ditindas adalah ibu, ayah, abang, kakak, adik anda sendiri. apakah tindakan anda terhadapnya sama ada berdiam diri atau mengambil tindakan.

Memang saya terpaksa meluah di blog kerana jauh dari keluarga tercinta, hidup membawa diri seorang diri bukanlah satu penghalang kerana sudah terbiasa. kebanyakan kawan saya adalah orang yang berumur dalam anggaran 25 dan keatas. saya pernah mempunyai kawan di institusi kemahiran yang berumur 35 tahun yang merupakan pegawai bank. fikiran mereka jauh berbeza sekali. saya lebih suka bergaul dengan orang dewasa  kerana fikiran yang matang, mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar. pengalaman mendewasakan. tidak semestinya umur yang muda adalat tidak matang dan tidak selalunya umur yang sudah matang adalah matang.   selalunya fikiran seseorang dan tanggapan orang terhadap kita adalah lain. pepatah ada mengatakan rambut sama hitam hati lain-lain.

Tidak bermakna diam tidak tahu apa-apa dan hanya bersetuju sahaja apa di kata. kadang- kala pendapat mereka juga berguna tetapi lebih kepada majoriti. kadang-kadang apa yang perit itu adalah pengetahuan. apabila seseorang itu tiada ilmu tentang sesuatu benda tersebut, ia akan mula untuk memperjatuhkan orang lain tanpa dengan sebab dan musabab. kadang-kadang tertanya apa salahnya sehingga jadi begini tapi itulah rialiti bukan fantasi. ibu dan ayah selalu berpesan di tempat orang tidak perlu untuk menunjukkan sikap yang buruk tapi apa yang terjadi di sini adalah jauh berbeza dari apa yang disangkakan. setiap orang mempunyai hati dan perasaan tambahan pula yang hatinya perlu dijaga kerana mudah tersentuh.

Dari kecil pernah melaluinya. oleh sebab itu, sudah masak dengan sikap seseorang. saya lebih memilih keluarga dari kawan-kawan. kerana keluarga lebih membawa kita kepada jalan yang lurus manakala kawan kawan membawa kita ke jalan yang sesat kerana monopoli dan penindasan yang begitu banyak. saya hanya letih dengan semua ini kerana saya dahulunya bukanlah baik tapi niat datang ke sini untuk berubah. tetapi untuk berubah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan masa yang lama dan ada juga setiap kali untuk berubah dan setiap kali itu jugalah ada penghalang. 

Di kelas bmt bolehlah menulis luahan perasan di atas kertas kosong tetapi melalui subjek ini saya hanya menulis di block. kebanyakan budaya lebih mementingkan senyuman dari keikhlasan. hanya sesetengah orang sahaja yang dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. nasihat saya jangan gerburu-buru menerima  tanggapan orang lain dan semestinya seseorang itu diam dia takut untuk munculkan diri. itu adalah tanggapan yang salah.

saya hanya meluahkan perasaan apa yang saya rasa hidup di bandar dan bergaul dengan orang yang berpendidikan dan janganlah mengambil hati kerana setiap orang mempunyai perasaan dan tanggapan yang berbeza

Terima kasih kerana membaca blog ini 

Sekian....








Pertubuhan Pendidikan Dan Kebajikan Baitul Mahabbah Malaysia


Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Asnaf Zakat





Assalamualaikum dan salam negaruku malaysia saya ucapkan. Syukur kepada Allah kerana pada hari ini saya diberi peluang untuk menulis semula. 


Pada pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan Baitul Mahabbah yang bertempat di Tanjung Malim, Perak. Projek Mega di bawah Bakti Siswa yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Pertama kali saya diberi peluang merasai suasana dan keadaan serta situasi yang dilalui oleh mereka ketika berada di Tanjung Malim, Perak. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sebelum tiba ke Tanjung Malim, fikiran sudah mulai terbayang-bayang akan suasana yang riang gembira. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan  selama tiga hari dua malam di rumah anak-anak yatim adalah seperti berikut:-

Hari pertama di rumah anak-anak yatim Baitul Mahabbah. setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing serta setiap jawatan mempunyai fungsi lain-lain. antara jawatan yang diwujujukan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, dan AJK.

pada pagi tersebut saya bersama rakan-rakan diarahkan oleh ketua untuk membawa peralatan  sukaneka seperti baldi, botol, kertas, span dan makanan. Pada pagi itu, sesi perkenalan bersama anak-anak yatim. Perkenalan dimulai dengan menanyakan nama, umur, cita-cita dan hobi kepada anak-anak yatim. setiap ahli Bakti Siswa diberikan kempulan untuk bermain bersama-sama anak-anak yatim. Keadaan anak-anak yatim yang pada ketika itu riang gembira. pada jam 3.00 petang, permainan sukaneka mulai dimulai. setiap ahli kumpulan digalakkan mengisi air di dalam botol menggunakan span sehingga penuh. Ahli kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.

Pada hari kedua, kami tiba di rumah anak-anak yatim dengan membawa makanan kepada mereka. ketibaan kami disambut meriah sekali. selepas makan pagi aktiviti dimulai dengan membuat mural, bergotong-royong dan mewarna. saya bersama kawan-kawan yang lain mulai menolong anak-anak tersebut mewarna mengikut kumpulan yang diberikan. mereka kelihatan gembira dan riang sekali. aktiviti gotong-royong dimulai dengan mencuci tingkap, longkang, mencabut rumput dan menanam pokok. keadaan di rumah anak-anak yatim kelihatan riang dan gembira sekali.

pada hari ketiga, saya bersama kawan-kawan kembali semula dengan menyambung tugasan yang terbangkalai disebabkan kekangan masa. padalam malam akhir tersebut kami bersama  anak-anak yatim membuat persembahan nasyid dan menyanyikan lagu. persembahan yang dilakukan oleh anak-naka yatim amatlah terbaik sekali. amatlah terharu saya apabila melihat persembahan mereka. suara mereka yang merdu membuatkan orang-orang disekeliling cair apabila mendengarnya. pada pukul 10.00 malam majlis penutupan dan pemberian hadiah mula dilakukan. selepas selesai majlis tersebut kami diarahkan oleh fasilitator untuk mengemaskan barang untuk berangkat pulang ke universiti putra malaysia.

pengalaman selama tiga hari dua malam bersama-sama anak-anak yatim di rumah baitul mahabbah amatlah bermakna bagi saya. pengalaman tidak mampu dibeli tetapi mampu dirasai. Setakat ini sahaja penceritaan saya pada hari ini.

Sekian Terima Kasih





sesi bernasyid bersama anak-anak yatim





sesi bergotong-royong



Sesi mengemaskan barang untuk berangkat pulang ke UPM




Mawar melati indah di taman,

indah lagi kembang selasih,

akhir kata saya ucapkan,

cukup sekian dan terima kasih.



PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA