6 OCTOBER 2017
DEDAH ANAK MUDA KEPADA DANDANAN RAMBUT
GAMBAR SEKADAR HIASAN
SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA;
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILAH PEMBUKA BICARA.
Maksud kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian dalam melakukan
sesuatu. Dandanan rambut merupakan salah satu kemahiran yang amat berharga
kepada seseorang jika mempelajarinya dengan mengikuti kursus yang telah
ditetapkan. Dandanan rambut merupakan kursus yang ditawarkan kepada semua golongan
tidak mengira umur mahupun jantina. Untuk mengikuti kursus dandanan rambut
mengabil masa selama enam bulan untuk mempelajarinya. Oleh hal yang demikian,
kemahiran dandanan rambut merupakan pilihan utama anda dalam mengikuti kursus
yang ditawarkan.
Dalam era dunia yang serba maju dan moden, kemahiran diwujudkan
untuk golongan yang berpendidikan rendah untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang kemahiran. Kemahiran dapat memberi peluang kepada anak muda untuk terus
maju di masa hadapan. selain itu, kemahiran mempunyai bidang yang luas terutamanya dari segi pekerjaan. Kemahiran
amat penting kepada mereka yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang akademik dan mempunyai masalah kesempitan hidup. Dengan kemahiran
kehidupan akan menjadi lebih cerah.Kebanyakan golongan muda kurang mengambil bidang dandanan rambut. Hal
ini kerana mereka lebih cenderong bekerja di institusi swasta seperti bekerja
sebagai operator. Selain itu, kemahiran dandanan rambut bukan sahaja dapat
memberi ilmu kepada kita malah dengan kemahiran masa depan lebih terjamin. Di samping
itu, dengan kemahiran anda akan dibayar gaji yang lebih lumayan. Hal ini
demikian kerana rezeki perniagaan ialah 9/10. Hal ini secara tidak langsung
dapat membantu ekonomi Negara Malaysia dengan melahirkan bumiputera yang mampu
berdaya saing secara sihat melalui perniagaan dandana rambut.
Kesimpulannya,kemahiran menjamin kehidupan, bukan sahaja kepada
diri malah kepada masyarakat, ekonomi dan Negara Malaysia yang tercinta.
JIKA HAUS MAKA MINUMLAH,
JIKA LAPAR MAKA MAKANLAH,
JIKA SALAH MAKA MAAFKANLAH;
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan