Khamis, 28 Disember 2017

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA

Image result for berhati hati di jalan raya


     Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan penunggang motosikal, kereta, lori mahupun bas. masalah yang seperti tiada tiada kesudahan ini amat membimbangkan kita semua. langkah yang lebih efektif perlu dilakukan segera untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku.

    Langkah yang pertama ialah pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas. langkah kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang keselamatan bukan hanya untuk pemansu malah penumpang juga merupakan langkah yang bijak. diharapkan usaha ini dapat mengurangkan kemalangan terutama kemalangan maut.

     selain itu, pengeluaran lesen memandu juga perlu diperketat. kerajaan juga sewajarnya mengkaji semula pemberian lesen memandu kepada golongan yang berumur 18-21 tahun kerana pada usia ini mereka dianggap masih mentah dan seringkali memandu dalam keadaan bahaya. lihat sajalah gelagat mat rempit atau samseng jalanan yang berlaku dewasaini. rata-rata mereka terdiri daripada golongan remaja.

     kempen kesedaran tentang kepentingan menghargai nyawa juga haruslah diteruskan dan jangan lah hangat-hangat tahi ayam sahaja. media massa perlulah memainkan peranan mereka dalam menyiarkab iklan-iklan tentang keselamatan jalan raya dengan lebih banyak. murid-murid sekolah rendah juga perlu diterapkan tentang kepentingan keselamatan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. guru-guru perlu menyelitkan kepentingan keselamatan dalam  pelajaran mereka di kelas.

     kesimpulannya, peranan dan usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya daripada terus berleluasa perlu dimainkan oleh semua pihak. yang paling penting kita mestilah memupuk semangat sikap menyayangi nyawa pada setiap masa iaitu nyawa sendiri dan juga orang lainsebagai pengguna jalan raya ingatlah ,pandu cermat jiwa selamat,.



KATAKAN TIDAK KEPADA MEROKOK



KEMPEN BERHENTI MEROKOK!!!




Image result for kempen berhenti merokok


     Sejak kebelakangan ini, kempen berhenti merokok semakin giat dijalankan, tidak kira di media massa ataupun media elektroni. Maklamat kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada para perokok agar meninggalkan tabiat buruk ini kerana tidak mendatangkan keuntungan langsung, malahan mendatangkan keburukan yang akhirnya boleh membinasakan diri perokok.

     salah satu keburukan merokok yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun ialah membazirkan wang. cuba kita renungkan sejenak, sekiranya dalam sehari, perokok menghabiskan RM 3.00 untuk membeli rokok maka sebulan perokok telah membelanjakan sebanyak RM 90.00  untuk membeli rokok sahaja. Sekiranya wang yang digunakan oleh perokok digunakan untuk menyimpan, sudah tentulah hasilnya menguntungkan mereka.

     Keburukan yang paling merugikan perokok ialah risiko menghidap penyakit kronik. mungkin perokok baharu mungkin mereka tidak sedar akan bahaya merokok yang bakal menanti merek. bagi perokok yang merokok dalam jangka masa yang lama sudah pasti risiko menghidap penyakit kronik ini lebih tinggi. penyakit yang dimaksudkan ialah barah yang akhirnya boleh membawa maut. 

     Fakta penting yang perlu diketahui bukan sahaja oleh perokok ialah kesan yang terpaksa dihadapi oleh individu yang berada di persekitaran perokok. Resiko bukan sahaja menyerang perokok malah sesiapa sahaja yang terdedah kepada asap rokok. oleh itu, kita semua perlu mengambil bahaguian di dalam kempen berhenti merokok ini. 

     kesimpulannya, bahaya merokok ini perlu dijelaskan kepada setiap individu sejak mereka dari bangku sekolah lagi kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. ibu bapa perlulah memainkan perana  penting dalam mmemastikan anak mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti merokok yang boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan.

     
















KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI



KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN HARI INI MEMUDAHKAN LAGI MANUSIA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. BINCANGKAN PERNYATAAN INI



Image result for kemajuan sais dan teknologi moden



     ciptaan demi ciptaan dilakukan oleh manusia memartabatkan untuk memartabatkan lagi tamadun dan ketamadunannya. Semenjak penciptaan kertas di negra china sehinggalah revolusi  sains di barat, banyak ciptaan baharu telah dilakukan untuk memudahkan kehidupan manusia. revolusi penciptaan ini telah mewujudkan ciptaan baharu seperti radio, komputer, satelit dan televisyen. Semuanya dihidangkan untuk manusia supaya mudah menjalani kehidupan seharian mereka.

     
     Tidak dinafikan ciptaan sains dan teknologi hari ini telah memajukan pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian, perikanan, pendidikan dan perikanan. dari segi perubatan misalnya penciptaan pelbagai jenis ubatan dan juga mesin dapat mengurangkan kesakitan dan menyelamatkan ramai pesakit begitu juga dalam bidang pendidikan.

     Rata-rata di sekolah di malaysia memiliki bilik sumber yang mempunyai pelbagai peralatan seperti televisyen, radio kaset dan komputer yang digunakan untuk pelajar dalam memahami konsep dan isi pembelajaran dengan berkesan. dalam bidang pertanian pula melalui penyelidikan ke atas baja dan benih memungkinkan tanaman dapat dilakukan beberapa kali dalam setahun. keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pengeluaran dan hasil negara.

     Dunia tanpa sempadan merupakan ungkapan yang memperlihatkan kepada kita betapa kecilnya dunia iniu dengan ciptaan teknologi moden pada hari ini. Alat perhubungan dan telekomunikasi dewasa ini mendekatkan hubungan kita dengan dunia luar. kita dapat menghubungi orang yang tersayang yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan hanya menekan beberapa digit nombor sahaja.

     Dengan adanya kemajuan sains dan teknologi moden ini juga pelbagai jenis pekerjaan dapat dilakukan dengan mudah. keadaan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan juga tenaga. sebagai contoh, suri rumah tidak perlu menyapu, menyidai pakaian keranan adanya teknologi moden seperti robot yang memudahkan kerja harian. 

     Hasil ciptaan teknologi moden pada hari ini, lahirlah komputer yang dapat menyimpan data dan maklumat peribadi serta dapat membantu kerja-kerja pejabat. selain itu, maklumat juga akan diproses dengan mudah dan cepat melalui komputer. tambahan pula bagi pelajar, mereka akan mendapat maklumat tambahan melalui penggunaan internet. 

     kesimpulannnya, sains dan teknologi moden melalui penciptaan peralatan memudahkan manusia menjalani  kehidupan seharian mereka. penciptaan ini sebenarnya bukan sahaja untuk kepentingan manusia semata-mata malah untuk kemakmuran negara. penciptaan yang lebih baik diharapkan dapat dilakukan lagi pada masa hadapan untuk mencapai kepuasan yang maksimum kepada manusia.




















     








Khamis, 21 Disember 2017

KESAN PENCEMARAN AIR



KESAN PENCEMARAN AIR TERHADAP KESIHATAN MANUSIA




Hasil carian imej untuk pencemaran air


 Air adalah sumber kehidupan dan salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi rezeki manusia. Pencemaran air adalah pencemaran sumber air tawar atau buatan manusia. Pencemaran air berlaku di banyak peringkat dan memberi kesan kepada kesihatan manusia dalam pelbagai cara. Terdapat banyak penyakit air yang merupakan hasil langsung dari pencemaran air.


PENYAKIT KESIHATAN
 Pengingesan air yang tidak dirawat boleh menyebabkan cirit-birit, kolera dan cirit-birit.  Air kotor atau tercemar adalah tempat pembiakan yang disukai untuk nyamuk dan perosak lain. Gigitan nyamuk akan menjejaskan kesihatan manusia dan boleh menyebabkan penyakit seperti Malaria, Filariasis, Denggi dan Chikungunya.


 KEHIDUPAN AKUATIK
Pencemaran air juga memberi kesan kepada kesihatan haiwan air seperti ikan. Apabila manusia mengonsumsi ikan yang sakit ini, jangkitan akan berlalu dan boleh mengambil bentuk yang lebih serius di dalam tubuh manusia. Selain daripada ikan, pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan dan haiwan lain. Dan ini pula memberi kesan kepada kesihatan manusia. Sekiranya kita mengambil makanan yang telah dijangkiti, kita pasti jatuh sakit.



KEBERSIHAN DAN KEBERSIHAN
Pencemaran air secara umum juga membawa kepada keadaan tidak bersih dan tidak bersih. Penggunaan air tercemar untuk tujuan pembersihan tidak memberi apa-apa manfaat. Air tidak boleh mengeluarkan kuman terkumpul dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan manusia dengan menyebabkan penyakit. Pencemaran air menjejaskan kesihatan manusia dalam cara yang buruk. Pelbagai organisasi sentiasa berusaha membersihkan badan air yang rosak untuk memenuhi permintaan air minum yang selamat. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai bekalan air yang terhad. Dan jika kita terus mencemarkan air yang ada, ia pasti akan membawa kepada penyakit dan kematian.

PENUTUP

air penting dalam sumber kehidupan harian. Tanpa air hidupan di bumi akan pupus dan mati akibat sumber bekalan air yang kotor. oleh itu, kita perlulah memelihara air supaya kelihatan bersih.

Selasa, 19 Disember 2017

GIATMARA

                                             
 INSTITUSI KEMAHIRAN GIATMARA

Image result for logo giatmara




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, pada hari ini saya ingin menceritakan mengenai pusat latihan kemahiran Giatmara. Tujuan saya memilih tajuk ini kerana institusi ini kurang dititikberatkan oleh masyarakat serta memandang rendah terhadap institusi tersebut. Menurut  Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa kini. Nik Nazmi berkata, ini kerana untuk membangunkan negara, tenaga mahir adalah penyumbang utama dalam industri di Malaysia. "Sektor kemahiran adalah sektor yang amat penting, sebenarnya daripada statistik di negara kita hanya 30 peratus daripada pelajar-pelajar kita hari ini masuk ke universiti, ada 70 peratus lagi di luar yang tidak masuk ke universiti tetapi kita tidak beri penekanan kepada bidang kemahiran secukupnya. Oleh itu, saya ingin menerangkan mengenai giatmara. Kelebihan dan manfaatnya kebanyakannya masyarakat tidak mengetahuinya. Jesturu itu, saya ingin bercerita mengenai pusat latihan kemahiran giatmara.

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan  GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti.
Sejarah Penubuhan Giatmara
Dalam tahun 1980'an, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan yang dinamakan Pusat GIATMARA sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986. Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat GIATMARA dan dalam Rancangan Malaysia Ke 6 sebanyak 21 Pusat GIATMARA menjadikan sebanyak 36 Pusat GIATMARA. Seterusnya, tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128 Pusat GIATMARA yang beroperasi sehingga Januari 1999. Selain itu, pihak MARA ada berbagai program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh Pusat GIATMARA. Tahap pertengahan dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA (IKM). Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute(GMI) dan lain-lain. Falsafah GIATMARA dalam Rancangan Malaysia Ke 6 adalah untuk memberi latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa. Sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6, konsep penubuhan Pusat GIATMARA adalah dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma/sewa dengan menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi. Dalam Rancangan Malaysia ke 7, pihak GIATMARA mencadangkan supaya konsep dalam status tapak/bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana kebanyakan tapak/bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6 adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak/bangunan. Sehingga kini terdapat 133 Pusat GIATMARA sedang beroperasi di seluruh negara. Manakala jumlah Pusat GIATMARA yang diluluskan ialah 140.


Antara syarat kelayakan untuk memohon Giatmara adalah:-
-         Bumiputera
-         Sihat tubuh badan
-         Berumur 15 tahun
-         Boleh membaca, menulis dan mengira
-     Syarat lain khusus (berumur 18 tahun selepas tamat SPM) Antaranya ialah khusus penjaga jentera elektrik dan pendawaian elektrik serta mempunyai pengalaman


Selain itu, antara kelebihan Giatmara ialah:-
-        - Latihan diberikan secara percuma kepada pelatih.
-         -Alaun sara diri diberikan sebanyak RM 200.00 kepada pelatih.
-        - Sijil kemahiran malaysia mengikut tahap diiktiraf oleh suruhanjaya tenaga nasional diberikan.
-      -Kemudahan peralatan diberikan dan disedian kepada pelatih mengikut kursus sebagai contohnya anak patung, gunting, gergaji besi, dawai, player, kayu dan lain-lain lagi.


Antara manfaat yang yang diberikan oleh Giatmara ialah:-
Bantuan diberikan secara percuma seperti geran tanah diberikan kepada mereka yang layak setiap tahun hanya seorang sahaja yang dipilih untuk mendapat geran tanah. Selain itu, pembelian barang pada harga yang tinggi sahaja seperti kerusi, cermin, mesin untuk kursus senireka gaya rambut mana lain-lain Kursus mengikut barang. Di samping itu, modal juga diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sebagai contoh, peniaga ingin membuka kedai saloon atau barber.

Kursus yang ditawarkan juga terbahagi kepada dua iaitu  hard skill dan soft skill. Hard skill tempoh yang diambil adalah sangat lama iaitu lebih kurang tiga tahun mengikut kursus. Sebagai contoh seperti penjaga jentera elektrik dan pendawaian elekrik serta mekatronik dan juga automotif manakala soft skill pula adalah kemahiran yang ringan iaiatu seperti solekan, spa, computer dan senireka gaya rambut.

Akhir kata daripada saya kemahiran bukan sahaja dapat menjamin kehidupan malah dapat membantu Negara dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang supaya dapat memenuhi permintaan industri sama ada industri awam atau swasta.

Menurut exco Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa ini. Menurut beliau kalau di barat kerja sebagai tukang paip boleh hidup selesa kenapa tidak kita di Malaysia?  katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Program 'Lucid Dreaming To Improve Skill'  di‎ Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Sekian terima kasih

Sebagai penutup terimalah dari saya serangkap pantun

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.




 



















Rabu, 13 Disember 2017

TINDAS



TINDAS


Image result for penindasan








Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sabahat yang membaca blog ini. Pada hari ini saya ingin menulis sedikit mengenai nasib orang yang ditindas kerana kelemahan diri, kerana diam dan tiada pengaruh untuk membela diri. Ia berdasarkan pengalaman saya sendiri. Situasi di bandar dan di kampung jauh berbeza sekali. Bukan sekadar itu sahaja malah pandangan terhadap seseorang juga berbeza dan mudah memberi tanggapan terhadap seseorang tanpa dikenali siapa. 

Nasib orang yang ditindas amat sedih sekali. hal ini disebabkan pengaruh dari orang lain yang dengan mudahnya memberi  tanggapan terhadap seseorang. pada saya nasib orang yang ditindas perlu dibela dan diberi sokongan yang padu kerana orang yang nasib ditindas selalunya keseorangan. kadang-kadang bukan kerana tiada kawan tetapi memilih untuk bersendiri kerana kebanyakan kawan tikam kawan dan talam dua muka. nasib di bandar dan di kampung jauh beza sekali kerana di kampung fikiran penindasan tidak terlintas langsung di fikiran dan semasa saya di bidang kemahiran alhamdullilah saya tidak diajar oleh ustaz atau tenaga pengajar untuk menindas saudara sendiri bahkan di institusi kemahiran saya diajar supaya sayang saudara sendiri dan tolong-menolong antara satu sama lain. apabila berada di peringkat yang tinggi dengan pelajaran dan pengajarannya yang begitu mencabar membuatkan saya lebih berasa tercabar. 

Sedih, sebak dan pilu dapat dirasakan. Setiap kali bergaul selalu dipinggirkan mungkin kerana pemakaian, bentuk badan, berat badan, rupa paras. bagi saya itu perkara biasa. Semasa di institusi kemahiran itu tidak dipandang sama sekali yang di pandang adalah kejujuran dan keikhlasan dan kesungguhan dalam meminati sesuatu bidang yang diminati. walaupun orang memandang rendah terhadap institusi kemahiran, bagi saya mudahnya untuk seseorang berkata begitu kerana di sebalik kemahiran tenaga kerja mahir dapat dilahirkan. penindasan merupakan suatu keperitan namun untuk membuat sesuatu perkara berfikirlah terlebih dahulu sebe;lum bertindak. anggaplah orang yang selalu ditindas adalah ibu, ayah, abang, kakak, adik anda sendiri. apakah tindakan anda terhadapnya sama ada berdiam diri atau mengambil tindakan.

Memang saya terpaksa meluah di blog kerana jauh dari keluarga tercinta, hidup membawa diri seorang diri bukanlah satu penghalang kerana sudah terbiasa. kebanyakan kawan saya adalah orang yang berumur dalam anggaran 25 dan keatas. saya pernah mempunyai kawan di institusi kemahiran yang berumur 35 tahun yang merupakan pegawai bank. fikiran mereka jauh berbeza sekali. saya lebih suka bergaul dengan orang dewasa  kerana fikiran yang matang, mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar. pengalaman mendewasakan. tidak semestinya umur yang muda adalat tidak matang dan tidak selalunya umur yang sudah matang adalah matang.   selalunya fikiran seseorang dan tanggapan orang terhadap kita adalah lain. pepatah ada mengatakan rambut sama hitam hati lain-lain.

Tidak bermakna diam tidak tahu apa-apa dan hanya bersetuju sahaja apa di kata. kadang- kala pendapat mereka juga berguna tetapi lebih kepada majoriti. kadang-kadang apa yang perit itu adalah pengetahuan. apabila seseorang itu tiada ilmu tentang sesuatu benda tersebut, ia akan mula untuk memperjatuhkan orang lain tanpa dengan sebab dan musabab. kadang-kadang tertanya apa salahnya sehingga jadi begini tapi itulah rialiti bukan fantasi. ibu dan ayah selalu berpesan di tempat orang tidak perlu untuk menunjukkan sikap yang buruk tapi apa yang terjadi di sini adalah jauh berbeza dari apa yang disangkakan. setiap orang mempunyai hati dan perasaan tambahan pula yang hatinya perlu dijaga kerana mudah tersentuh.

Dari kecil pernah melaluinya. oleh sebab itu, sudah masak dengan sikap seseorang. saya lebih memilih keluarga dari kawan-kawan. kerana keluarga lebih membawa kita kepada jalan yang lurus manakala kawan kawan membawa kita ke jalan yang sesat kerana monopoli dan penindasan yang begitu banyak. saya hanya letih dengan semua ini kerana saya dahulunya bukanlah baik tapi niat datang ke sini untuk berubah. tetapi untuk berubah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan masa yang lama dan ada juga setiap kali untuk berubah dan setiap kali itu jugalah ada penghalang. 

Di kelas bmt bolehlah menulis luahan perasan di atas kertas kosong tetapi melalui subjek ini saya hanya menulis di block. kebanyakan budaya lebih mementingkan senyuman dari keikhlasan. hanya sesetengah orang sahaja yang dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. nasihat saya jangan gerburu-buru menerima  tanggapan orang lain dan semestinya seseorang itu diam dia takut untuk munculkan diri. itu adalah tanggapan yang salah.

saya hanya meluahkan perasaan apa yang saya rasa hidup di bandar dan bergaul dengan orang yang berpendidikan dan janganlah mengambil hati kerana setiap orang mempunyai perasaan dan tanggapan yang berbeza

Terima kasih kerana membaca blog ini 

Sekian....








Pertubuhan Pendidikan Dan Kebajikan Baitul Mahabbah Malaysia


Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Asnaf Zakat





Assalamualaikum dan salam negaruku malaysia saya ucapkan. Syukur kepada Allah kerana pada hari ini saya diberi peluang untuk menulis semula. 


Pada pagi ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama anak-anak yatim di pusat kebajikan Baitul Mahabbah yang bertempat di Tanjung Malim, Perak. Projek Mega di bawah Bakti Siswa yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Pertama kali saya diberi peluang merasai suasana dan keadaan serta situasi yang dilalui oleh mereka ketika berada di Tanjung Malim, Perak. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sebelum tiba ke Tanjung Malim, fikiran sudah mulai terbayang-bayang akan suasana yang riang gembira. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan  selama tiga hari dua malam di rumah anak-anak yatim adalah seperti berikut:-

Hari pertama di rumah anak-anak yatim Baitul Mahabbah. setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing serta setiap jawatan mempunyai fungsi lain-lain. antara jawatan yang diwujujukan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, dan AJK.

pada pagi tersebut saya bersama rakan-rakan diarahkan oleh ketua untuk membawa peralatan  sukaneka seperti baldi, botol, kertas, span dan makanan. Pada pagi itu, sesi perkenalan bersama anak-anak yatim. Perkenalan dimulai dengan menanyakan nama, umur, cita-cita dan hobi kepada anak-anak yatim. setiap ahli Bakti Siswa diberikan kempulan untuk bermain bersama-sama anak-anak yatim. Keadaan anak-anak yatim yang pada ketika itu riang gembira. pada jam 3.00 petang, permainan sukaneka mulai dimulai. setiap ahli kumpulan digalakkan mengisi air di dalam botol menggunakan span sehingga penuh. Ahli kumpulan yang menang akan diberikan hadiah.

Pada hari kedua, kami tiba di rumah anak-anak yatim dengan membawa makanan kepada mereka. ketibaan kami disambut meriah sekali. selepas makan pagi aktiviti dimulai dengan membuat mural, bergotong-royong dan mewarna. saya bersama kawan-kawan yang lain mulai menolong anak-anak tersebut mewarna mengikut kumpulan yang diberikan. mereka kelihatan gembira dan riang sekali. aktiviti gotong-royong dimulai dengan mencuci tingkap, longkang, mencabut rumput dan menanam pokok. keadaan di rumah anak-anak yatim kelihatan riang dan gembira sekali.

pada hari ketiga, saya bersama kawan-kawan kembali semula dengan menyambung tugasan yang terbangkalai disebabkan kekangan masa. padalam malam akhir tersebut kami bersama  anak-anak yatim membuat persembahan nasyid dan menyanyikan lagu. persembahan yang dilakukan oleh anak-naka yatim amatlah terbaik sekali. amatlah terharu saya apabila melihat persembahan mereka. suara mereka yang merdu membuatkan orang-orang disekeliling cair apabila mendengarnya. pada pukul 10.00 malam majlis penutupan dan pemberian hadiah mula dilakukan. selepas selesai majlis tersebut kami diarahkan oleh fasilitator untuk mengemaskan barang untuk berangkat pulang ke universiti putra malaysia.

pengalaman selama tiga hari dua malam bersama-sama anak-anak yatim di rumah baitul mahabbah amatlah bermakna bagi saya. pengalaman tidak mampu dibeli tetapi mampu dirasai. Setakat ini sahaja penceritaan saya pada hari ini.

Sekian Terima Kasih





sesi bernasyid bersama anak-anak yatim





sesi bergotong-royong



Sesi mengemaskan barang untuk berangkat pulang ke UPM




Mawar melati indah di taman,

indah lagi kembang selasih,

akhir kata saya ucapkan,

cukup sekian dan terima kasih.



Jumaat, 27 Oktober 2017

MARI MEMBACA



MEMBACA

Hasil carian imej untuk membaca jambatan ilmu
Setiap hari kita pasti akan membaca, tidak kiralah sama ada membaca buku, surat khabar, sistem pesanan  ringkas, demo, iklan dan sebagainya. Membaca merupakan amalan yang mulia. banyak ilmu dan maklumat akan akan diperoleh sekiranya kita rajin membaca. terdapat pelbagai bentuk bahan bacaan di pasaran dan yang penting kita bijak memilih bahan bacaan kita.

Antara kebaikan membaca ialah dapat meluaskan pengetahuan dan juga pengalaman. dengan membaca akan terbuka dan segara maklumat akan dikumpul dalam fikiran kita. pengetahuan yang kita peroleh akan membantu dalam pelajaran dan juga kehidupan. dengan membaca juga akan meneladani nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan bacaan kita contohnya buku cerita teladan.

 Membaca merupakan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa terluang, terutamanya kepada seseorang pelajar. Masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja sebaliknya kita  dapat mengaut pelbagai jenis maklumat dan informasi yang boleh kita jadikan pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan. Maklumat yang berkaitan dengan pelajaran pula dapat membantu semasa menjawab peperiksaan.

Dengan membaca kita akan dapat berita di serata dunia tanpa perlu pergi ke tempat kejadian. Kejadian ribut di Amerika, gempa bumi di china dan sebagainya dapat kita lihat melaui buku atau surat khabar yang dibaca. Hal ini secara tidak langsung membuatkan kita peka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling.

Membaca dapat memberi manfaat dan faedah. Sebagai pelajar kita haruslah rajin membaca dan bijak mencari bahan-bahan bacaan yang dapat membekalkan maklumat dan informasi yang dapat membantu dalam pelajaran. Gunakanlah masa yang ada dengan membaca kerana " Membaca Jambatan Ilmu"





Isnin, 23 Oktober 2017

PENGALAMAN DIRI


PENGALAMAN DIRI


Hasil carian imej untuk gambar seorang diri




Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....
Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan izin allah saya dapat menulis semula....

Hari ini saya akan kongsikan sedikit pengalaman ketika saya  di alam persekolahan sehingga melangkah ke universiti. Perit, getir, keluhan bersama tangisan terpaksa saya lalui. Pada ketika saya di alam persekolah rendah saya banyak menghabiskan waktu bersama kawan-kawan hanya untuk bersuka ria dan bukanya untuk belajar. saya mempunyai sepupu yang umurnya sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. beliau sangat bijak dalam pelajaran manakala saya hanya manusia lemah yang sentiasa dimakan suap tanpa usaha untuk majukan diri dan merasakan diri sudah selesa dan ilmu sudah mencukupi untuk menjawap upsr akan datang.

Pejam celik, pejam celik masa berlalu dengan ilmu yang tidak mencukupi, demi keseronokan bersama kawan ku tercundang di waktu peperiksaan upsr. dengan bekalan ilmu yang tidak seberapa, ku terpaksa menjawab juga. Melihat kawan-kawan sedang khusuk mencari jawapan. demi mengatur masa depan. hari demi hari menanti jawapan demi sehelai kertas putih. sepupuku yang khusuk menjawap dengan harapan mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan upsr dan aku hanya membiarkan waktu mencantahi. pada hari yang dinanti ramai, satu jawapan bersama kertas sudah dikelurkan. keputusan yang aku dapat amatlah mengecewakan berbanding sepupuku yang mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR.

Diri terasa dipinggir kawan, keluarga, guru. hanya menumpang kejayaan orang lain dengan senyuman. pada ketika itu aku meneteskan air mata yang tidak terkeluar dari biji hitam. hanya allah sahaja yang mengetahuinya pada ketika itu, aku dimarahi keluarga kerana keputusan. Aku dibenci keluarga, demi sehelai jawapan kertas putih yang bertulus. aku dimahari, dimaki dan dicaci. sanjungan terhadap sepupuku begitu terpegun oleh ibubapaku. sedikit pun tidak pernah memberi semangat untuk aku berjaya. Dilontarkan kau bodoh, kau bodoh dan kau bodoh.
aku pergi membawa diri di tepi pantai untuk mencari ketenangan.

Ketika aku di alam sekolah menengah, aku dimasukkan ke sekolah yang tidak digemari orang atau digelar sebagai sekolah jahat kerana masalah disiplin. aku ditempan di kelas belakang namu aku redha dengan ketentuan allah. atas semangat dihina, dimaki, dicaci aku bangun. setiap malam aku seperti burung hantu memegang buku sehingga ke subuh. tidak tidur malah menolong keluarga sambil membawa buku untuk dibaca. Pada ketika itu, aku tidak mempunyai kawan dan sering dibuli kerana berda di kelas belakang namun aku tidak putus asa. aku dipulau oleh masyarakat kampung kerana kebodohan. Di dalam hati hanya allah sahaja yang mengetahui menderitanya aku pada ketika itu.

Pada suatu ketika apabila aku ditukarkan ke kelas  hadapan orang mulai mengelilingiku. aku tidak mahu orang mengelilingiku kerana terpaksa bukanya ikhlas dari hati. biarlah aku membawa seorang diri. aku takut untuk berkawan kerana aku tidak mahu sejarah berulang kembali. setiap kali peperiksan aku di tangga yang pertama. aku diberi penghargaan seperti laptop, biasiswa, dan tuisyen, program khas untuk pelajar terpilih. kerana usahaku diberi penghargaan yang tidak terhingga tanpa aku duga. ibubapaku setiap tahun naik ke pentah yang gah untuk menemaniku menerima hadiah. apabila diingatkan kata orang kampung "kau tidak mampu pergi jauh" kerana kebodohan. kata-kata itu terpahat di minda hingga ke hari ini. aku hanya berdiam diri dan meneruskan usahaku sehingga aku berjaya. aku tidak berminat untuk mengambil tahu tentang orang lain dan aku tidak mahu menjaga tepi kain orang. cukuplah aku seorang diri dan allah sahaja yang mengetahui betapa siksanya untuk berjaya demi keluarga tercinta. aku tidak mahu sanjungan, aku hanya inginkan kasih sayang dari keluarga yang dari kecil aku tidak pernah dapatakan. demi usaha, keredhaan allah dan guru yang mencurah ilmu aku berjaya. pada ketika itu, aku merasakan dunia ini aku yang punya. begitu terharu, terpegun hingga meneteskan air mata.


melangkah dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang, aku memasuki di alam pra u. ibu bapaku gembira kerana setiap hidupku dan masa depanku diatur oleh keluarga. subjeknya yang begitu berat dan setiap hari terpaksaku lalui dengan membaca buku demi menjawap peperiksaan. aku tidak mampu bertahan namun, aku terpaksa demi keluarga tercinta. pada hari peperiksaan penggal 2 aku mengalami kemalangan, selama 2 bulan aku di rumah kerana lulutku.  setiap hari aku hanya mampu menangis, menangis dan menagis demi kesakitan yang aku lalui namun perjuangan harus diteruskan demi keluarga dan aku tidak menghiraukan masa depanku selain untuk mencari keredhaan allah di akhirat akan tetapi aku dihalang keluarga. mereka beranggapan tinggi pelajaran gajinya besar. akhirnya, aku berjaya menamatkan pelajaran di peringkat stpm.

 Setelah aku merasakan diri diri tidak mampu dalam pelajaran aku mula mencuburi bidang kemahiran dalam bidang dandanan. dari situ aku mula bergaul dengan orang yang lebih berumur dan sering juga bertanya pendapat. tenaga pengajar di situ begitu baik seperti kawan sendiri yang tidak segan berkongsi pengalaman dan ilmu. aku mulai selesa berada di situ namun kedua ibubapaku tidak menyukainya kerana bagi mereka institusi tersebut merupakan kelas yang terendah. pertelingkahan mulai berlaku. berkat kesabaran aku berjaya menghabiskan pengajianku di badang dandanan rambut selama 6 bulan dan menimba pengalam bekerja saloon. beridiri lama itulah tugas aku sebagai pendandan rambut.

Tawaran universiti putra malaysia mulai bermain di fikiran kerana bidang kemahiran sudah sebati dengan jiwa. namu aku terpaksa meninggalkanya walaupun dengan hati yang berat. terpaksa berkorban kemahiran demi pendidikan yang lebih tinggi. aku terima, redha dan pasrah. demi segulung ijazah yang dinantikan keluarga tercinta.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai pilihan sendiri untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya namun setiap kejayaan pasti ada kesusahannya yang terpaksa dilalui.


Ahad, 22 Oktober 2017

FAEDAH MENYERTAI PLKN

FAEDAH MENYERTAI PLKN

Imej yang berkaitan




BUNGA EMAS DITANJUNG KARAM,

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Program Latihan Khidmat Negara atau singkatannya(PLKN) merupakan satu program yang disediakan khusus untuk golongan remaja. setiap remaja yang terpilih seharusnya berbangga kerana mereka bakal mengharungi episod hidup yang penuh dengan segala macam pengalaman yang berharga. PLKN mempuyai banyak faedah terutama kepada remaja yang bakal melangkah ke dunia yang lebih mencabar.

Dengan menyertai PLKN, remaja akan dapat mengutip pengalaman yang berharga yang sudah tidak diperolehi oleh individu yang tidak menyertainya. Pengalaman menjalankan latihan fizikal, motivasi dan khidmat masyarakat pasti akan memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Melalui PLKN, peserta dapat menyalurkan khidmat mereka kepada masyarakat melalui aktiviti khidmat masyarakat.

Di samping itu, PLKN juga akan menjadikan remaja lebih matang untuk menempuh hidup. Mereka akan dapat berfikir dengan sendiri untuk menyelesaikan masalah dan secara tidak langsung mereka  mampu berdepan dengan pelbagai situasi apabila berdepan dengan masyarakat kelak.PLKN juga dapat memahami aspirasi negara dan sama-sama merialisasikannya.

Seterusnya, PLKN juga dapat memupuk semangat positif dalam diri peserta. Para peserta didedahkan dengan aktiviti dan program yang menuntut mereka saling bekerjasama, membantu, mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia dan sebagainya dan  secara tidak langsung, mereka juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum kerana para peserta terdiri daripada agama dan juga bangsa yang berlainan.

kesimpulannya, para peserta seharusnya menggunakan peluang keemasan ini untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan juga pengalaman berharga agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka. Oleh itu, golongan remaja diharapkan agar tidak bersedih sekiranya dipilih untuk mengikuti PLKN, sebaliknya berbangga kerana mereka akan mempelajari banyak perkara semasa menyertai PLKN. 




PECAH KACA PECAH GELAS,

SUDAH BACA HARAP BALAS.



SEKIAN TERIMA KASIH
















OH POHON

SAJAK




 Imej yang berkaitan
 


TEMA: ALAM SEKITAR

TAJUK: OH POHON

OH POHON
Indahnya seperti taman,
kau hijau seperti warna mata hiasan, 
berdiri kau dengan gahnya,
manusia  mulai menumpang ketenangan.


OH POHON
Menghijau bagai bunga empat musim,
kemana sahaja pergi,
kau pasti dicari,
rendangmu seperti awan,
kasih mulai ditumpang orang.

OH POHON
Berbakti kau kepada manusia,
nafas diberi udara,
hujan menimpa diri,
kau tetap bertahan,
untuk manusia sekian alam.

OH POHON
Hayat kau seperti ikan,
berbakti selagi bernafas,
tanpa mengira lelah,
mati kau orang mulai tertanya,
memberi penawar kepada manusia.



 
 


 


 


 















CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI


Imej yang berkaitan

 

Saban hari  kes demam denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Demam denggi boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh membawa maut. salah satu cara untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes ialah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran, menanam tin-tin kosong, dan menjalankan aktiviti gotong-royong di sekolah merupakan antara langkah untuk mencegah demam denggi.

Aktiviti gotong-royong perlu diadakan di kawasan perumahan untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.  sekiranya aktiviti gotong-royong diakan, semua penduduk perlulah bekerjasama dalam menjalankan aktiviti yang aktiviti yang mulia ini. antara contohnya, membersih longkang, mengutip sampah, membuang bekas-bekas yang mempunyai takungan air, mengitar semula barang yang tidak digunakan. Disamping itu, dengan langan-langkah ini dapat mencegah pembiyakan nyamuk aedes.  Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama penduduk mahupun pelbagai bangsa dan kaum. 

Selain itu, terdapat juga cara lain untuk mengelakkan pembiayakan nyamuk aedes adalah dengan menanam tin-tin kosong yang menjadi punca takungan air berlaku. Selain tin-tin kosong bekas lain juga menyebabkan takungan air perlulah dibuang. Hal ini demikian kerana nyamuk aedes akan membiak di kawasan seperti sampah sarap, longkang tersumbat, pasu bunga dan sebagainya. oleh sebab itu, gotong-royong perlu kerap dijalankan supaya kes-kes demam denggi dapat dikurangkan.

Di samping itu, selain aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan aktiviti ini juga perlu diakan di sekolah. warga sekolah perlulah menitikberatkan aktiviti gotong-royong agar pelajar terhidar daripada kes demam denggi. Jesturu itu, pihak sekolah perlulah membuat kempen pencegahan demam denggi melalui aktiviti gotong-royong supaya dapat memberi tauladan dan pengajaran kepada mereka tentang bahayanya nyamuk aedes. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting dalam melestarikan kawasan sekolah dan para pelajar hidup dalam keadaan sejahtera.

kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan penting dalam membenteras pembiakan nyamuk aedes supaya kes demam denggi dapat dikurangkan serta masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang bersih.

LAWATAN RUMAH PENA

         
  LAWATAN RUMAH PENA



 
 Dalam Rumah Pena



Sebelum melawat ke rumah pena kami diberi tugasan oleh lecturer  untuk membuat persembahan seperti sajak, gurindam, pantun, syair dan lagu traditional yang berkaitan karya sasterawan negara. Setelah itu kami diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan tentang tajuk yang dipilih.
Pada pukul 6.00 petang kami bertolak ke lokasi rumah pena di Kuala Lumpur. Kami tiba ke destinasi pada pukul 7.30 malam. Di rumah pena terdapat pelbagai jualan buku-buku seperti Novel, Sajak, cerpen, kamus dewan dan pelbagai lagi buku yang menarik. Harga setiap buku adalah berpatutan.
Setibanya di rumah pena saya dan kumpulan Penglahiran Bakat Kreatif yang lain diundang masuk ke rumah Pena. Setelah menjejak kaki ke rumah pena, kelihatan di dalam rumah pena sungguh cantik dan barang-barang seperti buku lama, gambar sasterawan negara terpapar di kabenet paparan. Di dalam rumah pena, lantai rumah diperbuat daripada kayu Seperti rumah tersebut adalah rumah klasik dan penuh sejarah.
Setelah melawat di dalam  rumah pena, kami dijemput menjamu hidangan yang telah disediakan oleh pihak rumah pena. Terdapat juadah yang menarik seperti rotisserie canai, nasik lemak Dan bubur kacang. Pada pukul 8.00 malam acara dimulai. Terdapat  pelbagai bangsa menandang ke rumah pena seperti warga Philippines, Indonesia, sabah, Sarawak,  Singapore dan institusi pengajian awam. Setelah berjamah pengacara membuat pengumuman untuk permulaan acara majlis. Setiap negara dikehendaki membuat persembahan masing-masing. Setiap negara harus  menyampai sesuatu sajak mahupun cerpen, pantun atau gurindam. Setiap negeri dan setiap persembahan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Pada pukul 10.00 malam acara penutupan majlis. Saya dan kumpulan bakat penglahiran kreatif yang lain berangkat pulang ke institusi pengajian awam masing-masing.  tiba di institusi pada pukul 10.30 malam. Suasana di dalam bas ketika pulang amatlah sunyi kerana semua orang mengalami keletihan namun ilmu yang kami dapat amatlah banyak dan berguna. Ia  merupakan satu pengalaman dalam kehidupan.






Ketika bertolak


Setibanya ke rumah Pena


Tokoh Sasterawan 

Sabtu, 21 Oktober 2017

KELEBIHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KELEBIHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



Hasil carian imej untuk gambar upm

GAMBAR SEKADAR HIASAN



Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka kata.




Universiti Putra Malaysia atau lebih dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia telah ditubuhkan pada 29 oktober 1971, melalui gabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, Kedoktoran Vetarinar dan Sains Penternakan.

Universiti Putra Malaysia mempunyai dua kampus iaitu kampus pertama terletak di Serdang, Selangor dan satu lagi terletak di Bintulu Serawak. pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia. Terdapat pelbagai Fakulti mengikut bidang yang tersendiri antaranya ialah fakulti Pertanian, Perhutanan, Perubatan Vetarinar, Ekonomi dan Pengurusan, Kejuruteraan, Pengajian Pendidikan, Sains, Sains dan Teknologi Makanan, Ekologi Manusia, Bahasa Moden dan Komunikasi, Rekabentuk dan Senibina, Perubatan dan Sains Kesihatan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Bioteknologi dan Biomolekul, Pengajian Alam Sekitar dan  Sains Pertanian dan Makanan.

Universiti Putra Malaysia terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya ialah masjid UPM, masjid Mardi, tempat untuk berjogging, Tasik, Stesen Kereta Api, Penternakan Lembu, Kuda, Rusa dan Pertanian. Di Universiti Putra Malaysia terdapat juga Bukit Ekspo untuk dikunjungi. Terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan, hasil Padang dan  Pertanian,  antaranya adalah seperti Pokok Bunga, Pokok Tin, buah-buahan, pakaian, makanan dan lain-lain lagi.


Kesimpulannya, Universiti Putra Malaysia merupakan universiti yang paling terkenal kerana mempunyai pertanian yang mengeluarkan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, penternakan yang mengelurkan susu segar dari ladang. oleh itu, Pilihlah UPM sebagai Universiti pertama anda.


Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Andai tersilap tutur bicara,

Jari disusun maaf dipinta.














Isnin, 9 Oktober 2017

KU DAN KAMPUNG HALAMAN

KU DAN KAMPUNG HALAMAN

Hasil carian imej untuk kampung halaman

GAMBAR SEKADAR HIASAN


Hari demi hari, waktu demi waktu,  menanti untuk pulang ke kampung. Keindahan kampung sungguh berbeza berbanding di bandar. Keadaan suasana di kampung yang aman dan damai. Dikelilingi oleh sawah, pokok kelapa, dan  tumbuh-tumbuhan. Kehijauan tumbuhan membuatkan  seseorang  berasa tenang dengan suasana kampung. Keadaan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa membadai.
Di kampung adalah tempat untuk mencari ketenangan, sebagai tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Menghitung hari untuk pulang ke kampung merupakan detik paling  berat kerana untuk menunggu sesuatu hari, sesuatu detik,  pelbagai cabaran yang ditempuhi. Tambahan pula, kerinduan  terhadap ayahanda dan bonda di  kampung. Ia ibarat “Makan Tak Kenyang, Mandi Tak Basah”

Tanggungjawabku di sini begitu berat kerana  aku merupakan anak harapan keluarga. Walaupun kehidupanku di Bandar serba moden, namun di kampung semuanya kaya dengan sopan santun dan aku bangga menjadi anak kampung. Aku tetap tidak pernah lupa asal usulku menurut peribahasa “Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri”. Rinduku terhadap kampung  amatlah mendalam.

Kepada Ayahanda dan Bonda yang ku cintai nantikanlah kepulangan anakandamu ini…





Kalau Malam Hujan Merintik,

Takkan Purnama Berbumbu,

Kalau Sama Kasinya Ibu Dan Ayah.


PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

KEMALANGAN JALAN RAYA      Saban hari kita sering dikejutkan dengan berita-berita kemalangan jalan raya sama ada yang melibatkan ...

LAWATAN RUMAH PENA