SEJARAH KEHIDUPAN BUDAK KAMPUNG
Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh...
Setiap orang mempunyai cerita dan
kisah hidup tersendiri sama ada peristiwa pahit ataupun manis yang ditempuhi
dalam kehidupan di masa lalu. Setiap orang mempunyai impian, cita-cita,
harapan. Dan ini adalah kisahku sebagai seorang budak kampung.
Dengan kuasa Allah, Ibubapa ku
dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Terlahir
di dunia sebagai seorang perempuan, Fatin Amirah nama diberi. Aku dilahirkan oleh
sebuah keluarga yang penyayang, memahami, berdisiplin dan bertanggungjawab. Aku
bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang perempuan. Untuk membesarkankanku
sebagai seorang anak yang solehah amatlah sukar bagi kedua ibubapaku.
Dibesarkan oleh keluarga yang hidup beserdehana, ibubapaku perlulah bekerja
keras untuk memberi keperluan dan kehendak untuk membesarkanku. Sedikit
tidak terbeban rasanya membesarkanku. Demi
mencari sesuap nasi, kedua ibubapaku bertungkus lumus mencari rezeki siang dan
malam tidak kenal erti penat lelah. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Bapaku
mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Pada ketika itu
kehidupanku mejadi gelap. Ibuku yang diberi nama Hasmah bekerja seorang diri
menanggung kami sekeluarga. Bapaku tidak pernah mengabaikan nafkah dan
tanggugjawab membesarkanku dan saudaraku yang diberi nama Muhamad Amirul.
Walaupun bapaku memgalami kesakitan dia tetap mahu bekerja kerana seorang
bekerja tidak mampu menampung kos sara hidup.
Aku bangga
menjadi anak Malaysia yang aman dan sentosa. Pulau Pinang negeri kelahiranku.
Keindahan pulau pinang amatlahku kagumi. Butterworth, Penaga adalah sebuah
kampung halamanku yang terpencil di dalam kampung dikelilingi hutan dan
binatang buas. Kampung Sri Pantai adalah pondok burukku untuk berteduh. Di situ
aku dididik, dicurahkan kasih sayang, diberi pendidikan secukupnya tidak kira
di dunia mahupun diakhirat. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada allah kerana
kesusahan hidup yang perlu ditempuhi oleh keluargaku tidak mematahkan semangat
untuk meneruskan kehidupan. Bermulalah di situ, aku diajar menabung,
menghormati, menyayangi kehidupan sekeliling dan dilatih hidup berdikari.
Angah nama gelaranku di kampung.
Kesusahan hidup tidak mematahkanku untuk mengejar cita-cita dan impianku.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan ibubapaku tidak pernah mengabaikan
tentang pendidikanku. Ibubapaku selalu berpesan kepadaku “Angah ingatlah apabila
menjadi orang yang berjaya, hebat jangan lupa orang disekeliling” menitis air
mataku pada ketika itu dan sampai hari ini kemanapun aku pergi aku sentiasa
mememang kata-kata mereka. Dan Alhamdulillah dengan berkat kesabaran kedua
ibubapaku membesarkanku kini aku berada Universiti Putra Malaysia untuk
melanjutkan pelajaranku di peringkat ijazah. Aku bukanlah seorang anak yang
hebat dan aku hanyalah manusia yang lemah, alpa, pendiam dan takut untuk
munculkan diri namun semangatku untuk berjaya tidak pernah padam dalam dalam
jiwa, tubuh, hati dan kotak fikiranku.
Kesimpulannya, bersukur kehadrat
illahi, aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini dan mampu untuk menulis
sejarah hidupku ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapaku yang membesarkanku, guru-guruku
yang tidak lelah mencurahkan ilmu, sahabat-sahabat yang tidak pernah lelah
memberi sokongan dan dorongan untuk aku berjaya. Kehidupan sebagai seorang anak
kampung yang hidup seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” bukanlah
penghalang untuk mengapai cita-cita yang tinggi.
Kepada mereka membaca blogku ini
sejuta terima kasih aku ucapkan dan serangkap pantun aku hadiahkan. Setakat ini
sahaja ceritaku ini. Sekian terima kasih.
Harum sungguh bunga
kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.